7BkWNS9RRylBGp4q2Wn7PWrkK6M GHOST WRITER On-Line: NURUL IZZAH KURANG ARIF - DEWAN ULAMA PAS

Wednesday 14 November 2012

NURUL IZZAH KURANG ARIF - DEWAN ULAMA PAS


Dewan Ulama Pas tidak berhasrat membawa isu kontroversi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ke Muktamar Pas ke-58 ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, mereka mempunyai perkara lain yang lebih utama daripada isu itu berbanding pemimpin sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).


"Tidak, kami (Dewan Ulama) tidak akan bawa isu (Nurul Izzah) ke dalam muktamar. Banyak perkara lain yang ingin kami usulkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Diminta mengulas kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, Harun berkata, adalah lebih baik perkara itu dinilai sendiri oleh masyarakat.

"Kalau dia rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataannya itu. Tapi kalau dia rasa tidak bersalah, itu hak dia kalau dia tidak mahu tarik balik,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berpendapat Nurul Izzah kurang arif menggunakan ayat Surah Al-Baqarah ayat 256 itu.

"Mungkin ketika dia bercakap, dia kurang ilmu dalam perkara itu. Ayat itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam, bukan untuk orang Islam,” katanya.

No comments:

Followers

Popular News

REFERENCE