7BkWNS9RRylBGp4q2Wn7PWrkK6M GHOST WRITER On-Line: HOT! ANWAR MABUK APA PULA??

Sunday 25 November 2012

HOT! ANWAR MABUK APA PULA??


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan pembangkang sebagai "sangat obses, mabuk nak menguasai Putrajaya" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sehingga sanggup meminta bantuan asing atas alasan sistem pilihan raya negara ini tidak bersih.

"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) dalam Umno dan BN pun tak pernah pertikai SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).

"Australia pun dah tolak (permintaan Anwar untuk memantau dan memerhati PRU13)," kata Najib dalam temubual eksklusif bersama pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012. Transkrip temu bual dikeluarkan oleh Bernama lewat semalam.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ditanya berhubung pelbagai usaha yang dilakukan bagi menanam persepsi kononnya pilihanraya raya di negara ini tidak adil, menolak elemen ketelusan termasuk pelbagai tohmahan sehingga memaksa campur tangan dari negara luar sepertimana yang dilakukan oleh Anwar.

"Sekarang timbul seolah-olah mereka nak sediakan minda rakyat bahawa kalau BN menang dia menang kerana penipuan. Ini menafikan amalan demokrasi kita yang selama ini berjalan dengan baik," ujar Najib, yang juga Presiden Umno.

Sehubungan itu, Najib ditanya sama ada tindakan Anwar itu kerana beliau sendiri tidak yakin pembangkang mampu meraih kemenangan dalam ibu segala pilihan raya ini.

"Sebab itu saya kata dia menyediakan minda rakyat. 'Preemptive'. Ada juga orang kata bahawa kalau dia tak menang, dia nak tunjuk perasaan juga. Nak tunjuk pilihan raya kita tak telus dan tak adil.

"Segala-galanya boleh berlaku sebab mereka sangat obses, mabuk nak menguasai Putrajaya. Australia pun dah tolak (permintaan Anwar untuk memantau dan memerhati PRU13)," kata beliau.

Baru-baru ini Anwar dilapor menulis kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr untuk meminta negara terbabit membantu memantau pilihan raya di Malaysia.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya di negara ini.

Beliau turut mempertikai kebebasan SPR dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata, pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional turut memberitahu beberapa pemerhati Asean akan dibawa untuk memantau pilihan raya kali ini supaya tidak timbul sebarang keraguan bahawa ia dijalankan mengikut Perlembagaan, undang-undang negara dan kesahihan supaya keputusan rakyat tidak boleh dipertikaikan.

No comments:

Followers

Popular News

REFERENCE