Monday, 12 November 2012
KENYATAAN NURUL IZZAH BODOH & MELAMPAU - TUN M
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.
Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November. -SH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Popular News
-
Get ready folks! We have a new 'broker' by the name of Zuraida Kamaruddin, PKR MP Ampang. If you want to buy a car but your name...
-
Guan Eng memang tidak dapat menjawab. Para pemimpin DAP juga tidak dapat mencari jawapan yang sesuai dan sememangnya, tidak ada jawapan y...
-
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan pembangkang sebagai "sangat obses, mabuk nak menguasai Putrajaya" pada ...
REFERENCE
Blog Archive
-
▼
2012
(35)
-
▼
November
(31)
- HOT! ANWAR MABUK APA PULA??
- TERIMA KASIH NURUL IZZAH !!
- NURUL IZZAH IN HOT SOUP!!
- PRE-EJAKULASI RAFIZI !!
- EXPOSED! MC DONALDS SAMAN USTAZ AZHAR IDRUS??
- Hahaha...Zuraida Kamarudin PKR The New Broker !!
- EXPOSED! ORANG KAYA PKR WITH 20 SAMAN!!
- Assmin.... Jangan Merepeklah!
- AH BENG DAP'S COCKY SMILE!!
- THE GHOST WRITER !!
- HOT! MUFTI PERAK SOKONG KENYATAAN MURTAD NIK AZIZ??
- DOA MELAMPAU PAS DIKRITIK LAGI OLEH USTAZ!!
- NIK AZIZ SEMAKIN NYANYUK BERLAGAK TUHAN??
- EKSKLUSIF! ANWAR MALU BESAR DILONDEHKAN!!!
- ISRAEL & DAP!!
- PATHETIC DAP & PAS!!!
- IDENTITI BLOGGERS BN DITAWAR PKR DIDEDAHKAN!
- PENANG BLOGGERS DI LAMAR PKR?? @NajibRazak
- PENANG TOPBLOGGERS OFFERED TO JOIN PKR?? @NajibRazak
- HOT ! Blogger To Subpoena Nik Aziz Nik Mat !
- SCANDALS OF ANWAR & IZZAH !
- CELAKA! KELDAIAN DAILY & HAPRAKAH DAILY KANTOI MEN...
- NURUL IZZAH KURANG ARIF - DEWAN ULAMA PAS
- MALU ! KAK WAN HEBAT BERLAKON !!
- TERKINI! NURUL IZZAH KENA LAGI!!
- ABBY ABADI BUAT BODOH LAGI!
- IZZAH SAMAN MALAYSIAKINI?
- APA NAK JADI KALAU FOTO INI DS ROSMAH MANSOR?
- Pelakon Anne Ngasri Bertunang Dengan Setiausaha Ke...
- BETTY CHEW CHECKIN' ON AH BENG!
- KENYATAAN NURUL IZZAH BODOH & MELAMPAU - TUN M
-
▼
November
(31)
No comments:
Post a Comment